Friday, April 1, 2011

Lawak part 1

Assalamualaikum . Annyeonghaseyo ! Amacam ? Ada sehad ?? Wee . Aku agak bodan hari . Apa kata aku bg korang baca cerita lawaak ni . Lawaak gak laah bagi aku . Ta tahu laah korang kann . HAHA . Aku dapat cerita nihh dari http://lawakjoke.blogspot.com . Banyak lagi sbenanye , korang boleh tengok . tapi ni aku bg free jea korang baca , sebab aku ambik pun free jea . ta payah bayar . ekekeke :D

CERITA 1 berbunyi begini :

Kamal diundang kawannya makan malam.Mizal si tuan rumah, memanggil isterinya dengan kata-kata Sayang...Manis... Cintaku... Sayangku...Kasihku... dan seumpamanya.

Kamal memandang Mizal danberkata,"Romantis sekali, setelah berpuluh tahunmenikah, kau tetap memanggil isterimu dgn kata-kataitu."

Mizal mengangkat bahu dan berbisik,"Sebenarnya,aku lupa namanya sejak tiga tahun lalu."

agak-2 , kalau aku laah . mmg tecabut kepala laki aku tuu . Nama aku pun boleh lupa . HAHA .

CERITA 2 :

Kisah Kasih Suami Pada Isteri Pak Mat adalah seorang penduduk sebuah pondok di Selatan Thailand. Pada pertengahan bulan Mei yang lalu isterinya yang bernama Maznah telah meninggal dunia kerana diserang penyakit jantung.

Pak Mat yang berusia menjangkau empat puluhan telah diperhatikan oleh jiran-jirannya agak luar biasa iaitu beliau telah pergi ke kubur isterinya sebanyak tiga kali sehari. Pak Mat pergi pada waktu pagi, tengah hari dan petang untuk menyiram kubur isterinya lebih dari dua minggu secara berterusan. Ada setengah dari jiran dan penduduk tempatan beranggapan Pak Mat begitu cintakan isterinya.

Seorang saudaranya yang terdekat telah berkata, "Awak ni terlalu sangat cintakan isteri sehingga sanggup berbuat demikian, yang mana tak ada siapa lagi di kampung ini buat begitu." Pak Mat menjawab, "sebenarnya sebelum Maznah hendak menghembuskan nafas yang terakhirnya, beliau telah berpesan kepada saya, kalau hendak kahwin pun tunggulah sehingga rumput di kuburnya tumbuh dahulu." " Oleh yang demikian saya terpaksa siram kuburnya supaya rumput cepat tumbuh......"

Gilaa excited pakcik ni ! rileks laah dulu . gatai sangaad na kawen ! deeiii !

CERITA 3 :

Seorang isteri ingin menghubungi suaminya, tetapi telefonnya tidak ada kredit lalu menyuruh anak lelakinya menyampaikan mesej penting kepada si suami yang sedang bekerja di tapak pembinaan.

Selepas si anak membuat panggilan, si anak memberitahu ibunya seorang perempuan lain yang menjawab pesanan telefon. Walaupun sudah berkali-kali si anak menelefon, tetap perempuan itu juga yang menjawab.

Si isteri pun dengan marahnya menunggu kepulangan suami dari kerja di depan pintu rumah. Sesampainya suami, si isteri membelasah habis-habisan si suami kerana perlakuan curangnya.

Habis berkumpul jiran tetangga di depan rumah untuk melihat drama petang itu. Si isteri menyuruh anaknya memberitahu semua orang apa yang dikatakan oleh perempuan di talian tadi.

Si anak pun cakap "Harap maaf, nombor yang anda dail berada di luar kawasan liputan. Sila cuba sebentar lagi".


Isteri dia pun satu . Menggelabah sangaad . gilaa cemburu tahap cipaan . HAHA . ta pasal-2 jea kann -___-

CERITA 4 :

Sang lalat & bini lalat pada suatu hari pergi makan taik, Lalu berkata bini Sang lalat "bang, kenapa kita kena makan taik hari2x ?" Jawab Sang lalat "hish!! Jangan cakap benda2x kotor masa makan, Jijik lah awak ni !"


Ni aku ta bolehh tahan . Agak laah kann . Sang lalat , anda tu tengah makan apa ? taik kann ? HAHA :D dushhhhhhh . lupa plak aku taik tu bersihh .
(perli semata-2) -ngokk punyaa lalat . wakakaka :D

Okeyy . bolehh tahan kann saket perot korang tuu . Alaah . kalau ta lawak pun paling-2 aku rasa aku yg dekat sini dahh berair mata . KAHKAH . benda ni saje je . na release tension . WAKAKAKA . padahal tade lah tenson mana punn . Wee :D
Kalau nak lagi , tunggu cerita lawak part 2 okeyy :D

cute girl and handsome guy , please click LIKE below :D